Untuk ahli, oleh ahli. Bersama membina masa depan yang lebih baik.

Ke Portal Ahli →
← Semua promosi & aktiviti

Aktiviti

FELKOP Raih Tempat Ke-5 Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan

27 Ogos 2026 – Koperasi Kakitangan FELDA Malaysia Berhad (FELKOP) sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih Tempat Ke-5 Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2026 Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Royale Chulan Damansara.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Penganjurannya bertujuan mengiktiraf sumbangan, prestasi cemerlang dan tadbir urus terbaik dalam kalangan 50 koperasi terbaik di Wilayah Persekutuan.

Selain meraikan pencapaian koperasi, majlis ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara pemimpin koperasi, agensi kerajaan dan rakan strategik demi pembangunan gerakan koperasi.

Kejayaan FELKOP meraih kedudukan kelima merupakan hasil komitmen, usaha berterusan dan kerjasama seluruh warga FELKOP. Pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh tadbir urus serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota.

FELKOP merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota, warga kerja dan rakan strategik atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan perjalanan dan pencapaian koperasi.