Perkhidmatan
Mohon Pembiayaan FELKOP dalam 4 Langkah Mudah
Permohonan pembiayaan FELKOP kini lebih mudah. Ikuti empat langkah berikut:
Semak kelayakan – Pastikan anda memenuhi syarat pembiayaan yang ditetapkan. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui AI AIDA dengan mengimbas kod QR pada poster.
Sediakan dokumen – Lengkapkan borang permohonan serta sediakan salinan kad pengenalan pemohon, penyata gaji bulan terkini dan salinan kad pengenalan 2 atau 4 orang penjamin mengikut keperluan. Salinan kad pengenalan dan slip gaji perlu disahkan dengan nama pegawai, cop jawatan serta tandatangan. Cop syarikat sahaja tidak diterima.
Hantar permohonan – E-melkan borang yang lengkap bersama dokumen sokongan kepada admin@felkop.com.
Tunggu proses kelulusan – Permohonan lengkap akan diproses untuk tindakan selanjutnya.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 03-8744 3888 atau e-mel admin@felkop.com.
