Profail, hala tuju dan tadbir urus Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad.
Profail FELKOP
Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) ditubuhkan untuk menjaga kesejahteraan kewangan kakitangan Felda melalui skim simpanan, pembiayaan patuh Syariah dan pelbagai manfaat anggota. Beroperasi dari Balai Felda, Kuala Lumpur, FELKOP terus berkembang sebagai koperasi kakitangan yang mapan dan dipercayai.
Visi dan Misi
Visi. Menjadi koperasi kakitangan yang unggul, mapan dan patuh Syariah demi kesejahteraan anggota.
Misi. Menyediakan perkhidmatan simpanan, pembiayaan dan manfaat yang terbaik kepada anggota kakitangan Felda secara telus, berhemah dan berterusan.
Sijil Pendaftaran Koperasi
Koperasi Pinjam Meminjam dan Jimat Cermat Kakitangan Felda Berhad ditubuhkan pada Selasa, 21 Jun 1966.
Pada Khamis, 18 Julai 1996, koperasi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Felda Berhad (FELKOP).
Pada Sabtu, 28 Mac 2009, sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) — nama semasa.
196619962009
Pembiayaan Patuh Syariah (Tawarruq)
FELKOP dengan kerjasama Bursa Malaysia menggunakan kontrak pembiayaan patuh Syariah TAWARRUQ, menggantikan Al-Bai Inah dan BBA. Transaksi dilaksanakan melalui platform Bursa Suq Al-Sila (BSAS).
Felkop Recreation Club (FELKOP RC) ditubuhkan pada Ahad, 14 September 2019 semasa majlis makan malam Hari Keluarga Felkop di Hotel Holiday Inn, Pulau Pinang, dan dirasmikan oleh Pengerusi Felkop, En. Izham Mustafa.